Di mana Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzuklifli Ahmad ketika ini agaknya?
Bagaimana keadaan dan apa khabar dirinya?
Adakah beliau dalam keadaan sihat walafiat seperti selalu atau tidurnya tidak lagi lena seperti dahulu? Atau masih tidur di pejabat?
Adakah beliau sedang bercuti atau masih menjalankan tugas serta datang ke pejabat seperti biasa? Mungkin datang ke pejabat sebab tidur di pejabat…
Tapi, jika sedang bercuti, adakah beliau berehat di rumah saja atau pergi ke mana-mana destinasi?
Kalau ke mana-mana destinasi, pergi seorang diri atau bersama keluarga?
Masihkah ada lagi jemputan membaca khutbah diterimanya sejak kebelakangan ini?
Jika masih bertugas dan datang ke pejabat seperti biasa, kenapa beliau masih senyap tentang skandalnya? Sedangkan sebelum ini beliau agak rajin mengumumkan tangkapan demi tangkapan?
Adakah beliau sebagai ketua tetap memberi arahan seolah-olah tiada apa-apa yang mengganggu fikirannya?
Apa pula perkembangan siasatan pihak polis yang dipantau pasukan petugas khas terhadap dirinya?
Apakah tindakan Peguam Negara?
Sudahkah beliau disiasat dan keterangannya diambil?
Agak-agaknya, kalau sudah disiasat, apa pengakuan beliau berhubung video yang didakwa mengaitkannya itu?
Adakah beliau mungkin menafi atau mengakuinya?
Bila agaknya keseluruhan siasatan akan selesai?
Siapa yang akan mengumumkan hasil siasatan itu nanti - Ketua Polis Negara atau Peguam Negara?
Kalau belum, bila pihak polis mahu menemuinya?
Dalam pada itu, sehingga bila Dzulkifli sanggup mendiamkan diri sedangkan beliau masih memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM?
Apa bentuk intergriti seorang ketua kalau berterusan sebegitu?
Bukankah rakyat sedang memerhati?
Tidak teringinkah beliau untuk berlaku jujur dan berundur sebelum penyiasatan pihak polis yang dipantau pasukan petugas khas berakhir dan mengumumkan hasilnya, demi semata-mata untuk menjaga nama baik SPRM?
Atau mungkin selesa dibela RPK!!!
Comments
Post a Comment