Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2018

APA BENTUK INTERGRITI SEORANG KETUA KALAU BERTERUSAN SEBEGITU???

Di mana Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzuklifli Ahmad ketika ini agaknya? Bagaimana keadaan dan apa khabar dirinya? Adakah beliau dalam keadaan sihat walafiat seperti selalu atau tidurnya tidak lagi lena seperti dahulu? Atau masih tidur di pejabat? Adakah beliau sedang bercuti atau masih menjalankan tugas serta datang ke pejabat seperti biasa? Mungkin datang ke pejabat sebab tidur di pejabat… Tapi, jika sedang bercuti, adakah beliau berehat di rumah saja atau pergi  ke mana-mana destinasi? Kalau ke mana-mana destinasi, pergi seorang diri atau bersama keluarga? Masihkah ada lagi jemputan membaca khutbah diterimanya sejak kebelakangan ini? Jika masih bertugas dan datang ke pejabat seperti biasa, kenapa beliau masih senyap tentang skandalnya?  Sedangkan sebelum ini beliau agak rajin mengumumkan tangkapan demi tangkapan? Adakah beliau sebagai ketua tetap memberi arahan seolah-olah tiada apa-apa yang mengganggu fikirannya? Apa pula perkembangan sia

BILA PEGAR MENJADI MANGSA

*HARAPKAN PEGAR - TAN SRI DZULKIFLI DAN SPRM DIBAWAHNYA* Kejujuran dan mempunyai prinsip moral yang kuat adalah sifat  asas seorang yang dianggap berintegriti.  Integriti melibatkan kejujuran dan  kebenaran dalam tindak laku seseorang. Apa yang boleh dianggap bertentangan dengan integriti?  Kemunafikan, hipokrit dan tidak konsisten dalam keputusan dan kelakuan adalah sifat bertentangan dengan apa yang dianggap sebagai integriti. Pasangan yang bercuti bersama, duduk sebilik bukan hanya melakukan khalwat, kemungkinan perzinaan juga ada. Apakah bernikah dengan wanita pasangan itu cukup untuk menutupi kelakuan sumbang KP SPRM Dzulkifli Ahmad?  Adakah perkara ini habis disini dengan pernikahan KP SPRM dengan pasangannya? Mungkin itulah yang diharapkan oleh Tan Sri Dzulkifi. Persoalan mengapa perlu ada pegawai SPRM lain berada disana jikalau ini satu “holiday” buat Tan Sri Dzulkifli tetap belum dijawab. Adakah mereka juga “berholiday” bersama?   Kenapa Tan Sri Dzulkifli berdiam diri? Soal

BICARA ORANG LAMA: PERSEPSI RASUAH MAKIN PARAH???

A KADIR JASIN 25 FEBRUARI 2018 DALAM bahasa paling mudah, orang ramai yang ditanya pendapatnya mengenai rasuah di Malaysia tahun lalu berkata masalah itu semakin buruk. Itulah penemuan badan pengawasan rasuah antarabangsa, Transparency International (TI) dalam kaji selidik tahun 2017 yang diumumkan pada 22 Februari  lalu. Akibatnya, kedudukan Malaysia dalam angka tunjuk atau indeks persepsi rasuah dunia jatuh ke paras paling buruk dalam sejarah kewujudan indeks itu yang bermula pada tahun 1995. Apa yang amat mendukacitakan ialah bukan sahaja kedudukan negara kita merosot tetapi nampak seolah-olah ada percubaan untuk memesongkan kefahaman mengenai indeks itu. Tidak tahulah. Boleh jadi masyakat kita bukan sahaja teruk dijangkiti wabak korupsi mata benda tetapi juga oleh korupsi minda. Kita tidak boleh lagi berfikir dengan tertib dan rasional untuk menolak rasuah. Akibat korupsi mata benda dan minda semua itu, negara kita jatuh daripada anak tangga ke-55 pada tahun 2016 kepada anak t

LIMA PERKARA SEBELUM LIMA PERKARA

Waktu sedang  "DI PUNCAK"  kita merasa banyak teman di sekeliling kita. Waktu sedang  "BERKUASA"  kita percaya diri boleh melakukan apa saja. Waktu sedang  "TAK BERDAYA"  barulah kita sedar siapa sebenarnya sahabat sejati yang kita ada. Waktu sedang  "JATUH"  kita baru sedar selama ini, siapakah teman yang memperalat dan memanfaatkan kita. Waktu sedang  "SAKIT"  kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta. Waktu kita  "MISKIN"  baru kita insaf  pentingnya amalan sedekah walau pun seringgit dan saling membantu saudara kita. Masuk  "USIA TUA"  baru kita tahu rupanya masih banyak amalan dituntut Allah yang belum dikerjakan/banyak ilmu yang kurang dan baru kenal jalan ke masjid. Saat  "DI AMBANG AJAL"  kita baru tahu ternyata begitu banyak waktu yg terbuang sia-sia. HIDUP TIDAKLAH LAMA, SUDAH SAATNYA KITA BERSAMA-SAMA MEMBUAT HIDUP LEBIH BERHARG