Skip to main content

Posts

KUASA...POLITIK...PENCACAI DAN PENGKHIANAT... EPISODE 2

JENG...JENG...JENG.. Beberapa hari lepas dalam entri pertama kekanda ada sebut pasal punca kejatuhan CPI..dalam entri tersebut kekanda janji bahawa akan membongkar sisi-sisi noda hitam SPRM. Mesti semua tak sabar nak tahu siapakah pencacai dan pengkhianat yang ada dalam SPRM tu kan.. Apalah nak jadi dengan SPRM sekarang.. Big Bos sapu bini orang..Pengurusan Tertinggi pula SEBAT DUIT HARAM..PENGKHIANAT NEGARA ..dan dengar kata...dengar kata ye... ADA BINI MUDA ..tapi disorok daripada pengetahuan awam.. jeng...jeng...jeng..kanda harap bukan bini orang lah yang disebatnya tu... Makin misteri pula jadinya kisah SPRM sekarang...umpama membaca novel cinta tiga segi hahahahahahaha..takpa-takpa..sisi-sisi noda hitam ni akan kekanda kupas dalam episod-episod akan datang.. Kembali ke cerita asal..baiklah disini kekanda ingin ceritakan serba sedikit berkaitan Pengurusan Tertinggi yang dimaksudkan.... Dia merupakan seorang yang bercita-cita tinggi..merupakan pegawai yang
Recent posts

PENING LAGI MEMENINGKAN KEPALA!!!

Pening...dan memeningkan jika kita terus memikirkannya... Pening dengan beberapa peristiwa yang berlaku dalam sehari dua ini tentu saja membuatkan ada yang tidak tenang memikirkan apa sudah jadi dengan negara kita ini. Pertama, wang berjumlah RM400 juta daripada dana berkaitan 1MDB yang kini dibeku oleh pihak berkuasa Switzerland tidak mahu dituntut oleh Malaysia. Oleh kerana ia tidak dituntut, Switzerland berhasat untuk menuntutnya dengan menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada yang membenarkan mereka berbuat demikian. Pening kepala kita, adakah Malaysia sudah cukup kaya sehingga tidak mahu menuntut wang sebanyak itu? Kedua, berikutan rampasan kapal mewah Equanimity di perairan Bali oleh FBI Amerika dengan kerjasama polis Indonesia, pelbagai reaksi yang membuatkan kita juga jadi pening kepala. Ada yang kata kapal tersebut bukan milik Malaysia, manakala lebih ajaib komennya - tiada bukti Equanimity itu milik Jho Low. Meskipun pejabat Jho Low lebih dulu memberi reaksi dengan me

SUSAH SANGATKAH HENDAK FAHAM ISU EQUANIMITY DAN JHO LOW

1.1MDB sedang disiasat di sekurang-kurangnya 6 negara, termasuk Amerika Syarrikat, Switzerland dan Singapura. 2. Sebanyak AS$4.5 bilion (RM17.6 bilion) diseleweng daripada 1MDB oleh pegawai berpangkat tinggi dana itu dan sekutu mereka, menurut saman sivil difailkan DoJ pada 2016 dan 2017. 3. Antara aset yang dikehendaki ialah kapal mewah bernilai AS$250 juta yang dibeli Jho Low, yang dinamakan sebagai watak utama dalam tindakan undang-undang AS itu. 4. DOJ berkata Jho Low menggunakan hasil kutipan daripada 1MDB untuk membeli “Equanimity”, sebuah kapal mewah sepanjang 91m yang didaftarkan di Kepulauan Cayman. 5. MO1 di kaitkan kerana beliau adalah Penasihat IMDB dan Jho Low adalah perunding perniagaan. 6. Kerana penyelewengan dana IMDB itu telah dibuat aduan diberapa negara oleh rakyat Malaysia.. Negara yang  berkenan mengambil tindakan yang wajar. Dan telah mendakwa subjek yang terkait dan ada yang sudah terpenjara. Dan kerana Jho Low tidak membantu dalam penyi

KENAPA 1MDB HENDAK DITUTUP? ADAKAH KERANA MISI SAMUNANNYA TELAH SELESAI?

Alamakkk...apa pulak ni? Kenapa tiba-tiba 1MDB mahu ditutup? Apakah 1MDB hanya diwujudkan untuk membuat hutang, walaupun sebahagian daripada wangnya didapati hilang, lalu apabila hutang-hutang dapat dapat dibayar dengan menggunakan pendapatan kerajaan, syarikat itu perlu ditutup begitu saja? Bukankah selama ini 1MDB dikatakan syarikat yang baik, asetnya banyak melebihi hutang, ada bangunan tertinggi, ada macam-macam kejayaan dan mampu menghantar jemaah haji ke Mekah setiap tahun? Jika sudah begitu cerita kejayaannya, mengapa 1MDB hendak ditutup? Adakah program menghantar jemaah haji ke Mekah juga akan turut terhenti? Ilmu ekonomi apa yang dipakai dalam mewajarkan penutupan 1MDB ini? Ataukah 1MDB hanya ditubuhkan untuk melakukan samunan terancang dan apabila misi sudah selesai serta selepas ini tiada apa lagi yang perlu disamun, maka syarikat itu perlu ditutup supaya tidak dijadikan ungkitan pada masa depan? Jika pun 1MDB mahu ditutup juga, kenapa tidak dilepaskan dahulu laporan audit s

KUASA...POLITIK...PENCACAI DAN PENGKHIANAT...

JENG...JENG..JENG.. KUASA...POLITIK...PENCACAI DAN PENGKHIANAT... JENG..JENG...JENG... Ok...cukup lah dengan jeng..jeng..jeng... kekanda baru sahaja menerima maklumat dalaman berkaitan seorang  Pengurusan Tertinggi SPRM   . Maklumat dalaman kekanda terima ni memang sohih!!!..ada terdapat beberapa screenshot perbualan pencacai-pencacai  Pengurusan Tertinggi SPRM   tersebut berkaitan "Black Ops" yang sedang mereka laksanakan.. "Black Ops"  yang diterajui oleh  Pengurusan Tertinggi SPRM    ini dikatakan mahu menjatuhkan KP SPRM sendiri.. kesian KP SPRM.. xckup dengan kes sapu bini orang...ada pula  "Black Ops"  yang ingin menjatuhkan beliau...kesian..kesian... Tapi..apa yang menariknya pasal "Black Ops" ini...jeng..jeng..jeng..pasti semua orang ingin tahu bukan.  Baiklah-baiklah..mari kekanda kongsikan sedikit. Tahukah anda semua bahawa punca kejatuhan CPI bukan lah berpunca daripada kesalahan KP SPRM sendiri tetapi ianya juga di

ADAKAH KOMEN-KOMEN MEMPERTAHANKAN 1MDB MENYEBARKAN FAKTA PALSU?

Perdana Menteri mengaku syarikat pelaburan 1MDB gagal. Terbaru pula Pengerusi 1MDB, Irwan Serigar mengumumkan 1MDB akan ditutup selepas selesai membayar hutang. KS menyanjung tinggi pengakuan ikhlas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Pengerusi 1MDB. Isunya apa sudah jadi dengan sekian banyak berita di akhbar dan televisyen tempatan yang mengatakan 1MDB bergerak di landasan yang betul? Adakah berita-berita yang mengatakan 1MDB tidak bermasalah boleh dianggap berita palsu? Adakah komen-komen mempertahankan 1MDB menyebarkan fakta palsu?

MARI PERTAHANKAN JHO LOW!!!

Kapal layar mewah yang ditahan pihak berkuasa Indonesia itu berkaitan dengan Jho Low. Yang terbaru ini, iaitu berita diakhbar Wall Street Journal, lapurkan bahawa yang cuba hentikan tindakan dari DOJ Amerika itu juga adalah Jho Low. Tapi setiap kali nama Jho Low ini disebut, berderet 'broiler chicken' cuba melindungi beliau. Yang cuba pertahankan Jho Low ini pula rasanya tak pernah jumpa Jho Low itu. Mereka pun rasanya bukan ikhlas sangat nak pertahankan Jho Low itu. Mereka nak pertahankan periok nasi sebenarnya. Itulah sebabnya langkah mempertahankan Jho Low itu semakin hari semakin lucu jadinya. Dah macam budak-budak berkelahi pun ada. Tapi lucu macamana pun, yang malu negara kita Malaysia ini lah. Kita mahsyur serata dunia oleh sebab Jho Low ini. Sampaikan akhbar Chiang Rai Times kat kawasan bukit-bukau sempadan Thailand dengan Laos sana pun siarkan berita kapal Jho Low itu.