JENG...JENG...JENG.. Beberapa hari lepas dalam entri pertama kekanda ada sebut pasal punca kejatuhan CPI..dalam entri tersebut kekanda janji bahawa akan membongkar sisi-sisi noda hitam SPRM. Mesti semua tak sabar nak tahu siapakah pencacai dan pengkhianat yang ada dalam SPRM tu kan.. Apalah nak jadi dengan SPRM sekarang.. Big Bos sapu bini orang..Pengurusan Tertinggi pula SEBAT DUIT HARAM..PENGKHIANAT NEGARA ..dan dengar kata...dengar kata ye... ADA BINI MUDA ..tapi disorok daripada pengetahuan awam.. jeng...jeng...jeng..kanda harap bukan bini orang lah yang disebatnya tu... Makin misteri pula jadinya kisah SPRM sekarang...umpama membaca novel cinta tiga segi hahahahahahaha..takpa-takpa..sisi-sisi noda hitam ni akan kekanda kupas dalam episod-episod akan datang.. Kembali ke cerita asal..baiklah disini kekanda ingin ceritakan serba sedikit berkaitan Pengurusan Tertinggi yang dimaksudkan.... Dia merupakan seorang yang bercita-cita tinggi..merupakan pegawai yang...
Pening...dan memeningkan jika kita terus memikirkannya... Pening dengan beberapa peristiwa yang berlaku dalam sehari dua ini tentu saja membuatkan ada yang tidak tenang memikirkan apa sudah jadi dengan negara kita ini. Pertama, wang berjumlah RM400 juta daripada dana berkaitan 1MDB yang kini dibeku oleh pihak berkuasa Switzerland tidak mahu dituntut oleh Malaysia. Oleh kerana ia tidak dituntut, Switzerland berhasat untuk menuntutnya dengan menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada yang membenarkan mereka berbuat demikian. Pening kepala kita, adakah Malaysia sudah cukup kaya sehingga tidak mahu menuntut wang sebanyak itu? Kedua, berikutan rampasan kapal mewah Equanimity di perairan Bali oleh FBI Amerika dengan kerjasama polis Indonesia, pelbagai reaksi yang membuatkan kita juga jadi pening kepala. Ada yang kata kapal tersebut bukan milik Malaysia, manakala lebih ajaib komennya - tiada bukti Equanimity itu milik Jho Low. Meskipun pejabat Jho Low lebih dulu memberi reaksi dengan me...