Skip to main content

PENING LAGI MEMENINGKAN KEPALA!!!



Pening...dan memeningkan jika kita terus memikirkannya...

Pening dengan beberapa peristiwa yang berlaku dalam sehari dua ini tentu saja membuatkan ada yang tidak tenang memikirkan apa sudah jadi dengan negara kita ini.

Pertama, wang berjumlah RM400 juta daripada dana berkaitan 1MDB yang kini dibeku oleh pihak berkuasa Switzerland tidak mahu dituntut oleh Malaysia.

Oleh kerana ia tidak dituntut, Switzerland berhasat untuk menuntutnya dengan menggunakan peruntukan undang-undang sedia ada yang membenarkan mereka berbuat demikian.

Pening kepala kita, adakah Malaysia sudah cukup kaya sehingga tidak mahu menuntut wang sebanyak itu?

Kedua, berikutan rampasan kapal mewah Equanimity di perairan Bali oleh FBI Amerika dengan kerjasama polis Indonesia, pelbagai reaksi yang membuatkan kita juga jadi pening kepala.


Ada yang kata kapal tersebut bukan milik Malaysia, manakala lebih ajaib komennya - tiada bukti Equanimity itu milik Jho Low.


Meskipun pejabat Jho Low lebih dulu memberi reaksi dengan mengatakan rampasan kapal itu sebagai keterlaluan, bermotif politik dan tindakan penuh kelemahan, ada menteri seolah-olah lebih pandai, lebih bijak dan lebih  berpengetahuan daripada empunya kapal sendiri.

Tak peningkah kita dengan perangai menteri tersebut?

Ketiga, seorang pegawai tinggi PDRM telah dikaitkan dengan penggubahan wang wang haram di Australia di mana di dalam akaun banknya terdapat kemasukan tunai secara berkala yang mencecah hampir RM1 juta banyaknya.

Oleh kerana pihak berkuasa Australia meragui kesahihan wang tersebut dan mempercayai ada kaitan dengan penggubahan wang haram, akaun bank itu telah dibekukan.

Bagaimanapun, menurut laporan media, pegawai terbabit sudah pun dibebaskan dan didapati tidak bersalah oleh PDRM kerana wang tersebut dikatakan adalah hasil penjualan rumahnya dan untuk membiayai pembelajaran sarjana anaknya di Australia.

Tetapi, dalam waktu yang sama, pegawai polis terbabit juga dilaporkan tidak mahu mencabar rampasan atau pembekuan wang yang dilakukan oleh pihak berkuasa Australia terhadapnya.

Sekali lagi kita pening kepala, kenapa wang tersebut tidak mahu dituntut?

Jika ia hasil penjualan rumah dan dokumen mengenainya boleh dibuktikan kepada PDRM, kenapa dokumen yang sama tidak mahu ditunjukkan kepada pihak berkuasa Australia?

Adakah pegawai polis terbabit sudah cukup kaya sehingga sanggup membiarkan wang penjualan rumahnya sendiri lesap begitu saja?

Bukan sikit tu bro...hampir RM1 juta jumlahnya!!!

Dengan tiga berita di atas, tak peningkah kepala kita dibuatnya?

Lagi bertambah peningnya bila ketiga-tiga isu tersebut langung tidak mendapat komen dari orang2 'Istana Bunian'. Mungkin sibuk mencari formula meningkatkan CPI atau masih memikirkan lokasi berbulan madu seterusnya... Hendak bercuti di Bali sudah tidak selamat...Polisi banyak operasinya... Equanimity pun dirampasnya...

Kalo begini jadinya bisa pening Bapak...

Comments

Popular posts from this blog

ADAKAH KOMEN-KOMEN MEMPERTAHANKAN 1MDB MENYEBARKAN FAKTA PALSU?

Perdana Menteri mengaku syarikat pelaburan 1MDB gagal. Terbaru pula Pengerusi 1MDB, Irwan Serigar mengumumkan 1MDB akan ditutup selepas selesai membayar hutang. KS menyanjung tinggi pengakuan ikhlas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Pengerusi 1MDB. Isunya apa sudah jadi dengan sekian banyak berita di akhbar dan televisyen tempatan yang mengatakan 1MDB bergerak di landasan yang betul? Adakah berita-berita yang mengatakan 1MDB tidak bermasalah boleh dianggap berita palsu? Adakah komen-komen mempertahankan 1MDB menyebarkan fakta palsu?

KUASA...POLITIK...PENCACAI DAN PENGKHIANAT... EPISODE 2

JENG...JENG...JENG.. Beberapa hari lepas dalam entri pertama kekanda ada sebut pasal punca kejatuhan CPI..dalam entri tersebut kekanda janji bahawa akan membongkar sisi-sisi noda hitam SPRM. Mesti semua tak sabar nak tahu siapakah pencacai dan pengkhianat yang ada dalam SPRM tu kan.. Apalah nak jadi dengan SPRM sekarang.. Big Bos sapu bini orang..Pengurusan Tertinggi pula SEBAT DUIT HARAM..PENGKHIANAT NEGARA ..dan dengar kata...dengar kata ye... ADA BINI MUDA ..tapi disorok daripada pengetahuan awam.. jeng...jeng...jeng..kanda harap bukan bini orang lah yang disebatnya tu... Makin misteri pula jadinya kisah SPRM sekarang...umpama membaca novel cinta tiga segi hahahahahahaha..takpa-takpa..sisi-sisi noda hitam ni akan kekanda kupas dalam episod-episod akan datang.. Kembali ke cerita asal..baiklah disini kekanda ingin ceritakan serba sedikit berkaitan Pengurusan Tertinggi yang dimaksudkan.... Dia merupakan seorang yang bercita-cita tinggi..merupakan pegawai yang...

KUASA...POLITIK...PENCACAI DAN PENGKHIANAT...

JENG...JENG..JENG.. KUASA...POLITIK...PENCACAI DAN PENGKHIANAT... JENG..JENG...JENG... Ok...cukup lah dengan jeng..jeng..jeng... kekanda baru sahaja menerima maklumat dalaman berkaitan seorang  Pengurusan Tertinggi SPRM   . Maklumat dalaman kekanda terima ni memang sohih!!!..ada terdapat beberapa screenshot perbualan pencacai-pencacai  Pengurusan Tertinggi SPRM   tersebut berkaitan "Black Ops" yang sedang mereka laksanakan.. "Black Ops"  yang diterajui oleh  Pengurusan Tertinggi SPRM    ini dikatakan mahu menjatuhkan KP SPRM sendiri.. kesian KP SPRM.. xckup dengan kes sapu bini orang...ada pula  "Black Ops"  yang ingin menjatuhkan beliau...kesian..kesian... Tapi..apa yang menariknya pasal "Black Ops" ini...jeng..jeng..jeng..pasti semua orang ingin tahu bukan.  Baiklah-baiklah..mari kekanda kongsikan sedikit. Tahukah anda semua bahawa punca kejatuhan CPI bukan lah berpunca daripada kesalahan KP SPRM sendiri tetapi...