Skip to main content

BILA PEGAR MENJADI MANGSA

*HARAPKAN PEGAR - TAN SRI DZULKIFLI DAN SPRM DIBAWAHNYA*


Kejujuran dan mempunyai prinsip moral yang kuat adalah sifat  asas seorang yang dianggap berintegriti.  Integriti melibatkan kejujuran dan  kebenaran dalam tindak laku seseorang.

Apa yang boleh dianggap bertentangan dengan integriti?  Kemunafikan, hipokrit dan tidak konsisten dalam keputusan dan kelakuan adalah sifat bertentangan dengan apa yang dianggap sebagai integriti.

Pasangan yang bercuti bersama, duduk sebilik bukan hanya melakukan khalwat, kemungkinan perzinaan juga ada. Apakah bernikah dengan wanita pasangan itu cukup untuk menutupi kelakuan sumbang KP SPRM Dzulkifli Ahmad?  Adakah perkara ini habis disini dengan pernikahan KP SPRM dengan pasangannya? Mungkin itulah yang diharapkan oleh Tan Sri Dzulkifi.

Persoalan mengapa perlu ada pegawai SPRM lain berada disana jikalau ini satu “holiday” buat Tan Sri Dzulkifli tetap belum dijawab. Adakah mereka juga “berholiday” bersama?   Kenapa Tan Sri Dzulkifli berdiam diri?

Soalan sumber dana untuk mereka semua ke sana juga menjadi satu persoalan yang tidak dijawab.  Adakan wang diperuntukkan untuk SPRM digunakan untuk membiayai “holiday” mereka semua?  Diam sahaja Tan Sri Dzulkifli. 

Yang membuat perkara ini dipandang serius adalah Insiden sebegini ternyata pernah berlaku sebelumnya dan Bali hanya satu dari beberapa insiden serupa.  Adakah ini cara KP SPRM membelanjakan dana yang diperuntukkan kepada SPRM? Bukan kah ini satu penyelewengan dana negara?  Selain dari itu, jikalau mereka “bercuti” dengan mengunakan dana SPRM, bukankah ini satu salah guna kuasa?
Rasuah?

Ramai masih ingat kutukan dan komen pedas Tan Sri Dzulkifli berikan pada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan tentang niat untuk penubuhan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN).  KP SPRM mempersoalkan niat JITN ditubuhkan.

Dengan insiden seperti Bali,  ramai yang menganggap KP SPRM tidak mahu perkara perkara dan salah laku dirinya dan pegawai SPRM terbongkar. Penolakan JITN oleh Tan Sri Dzulkifli, lebih lebih lagi dengan cara diluar protokol dan kasar, menunjukkan bahawa kemungkinan besar ada yang mahu disembunyikan oleh KP SPRM. Insiden Bali hanya memberikan konfirmasi kepada niat sebenar Tan Sri Dzulkifli.

Tidak lama selepas insiden Bali terbongkar, seorang lagi pegawai kanan SPRM ditangkap atas kesalahan berkhalwat.  Perkara ini ditambah lagi kesulitannya apabila pegawai tersebut mengunakan kad pengenalan palsu. 

Bukan satu tapi dua orang kanan SPRM  tertangkap basah berkelakuan sumbang dan mempamerkan moral yang sangat rendah.  Apa sudah jadi kepada SPRM?  Kempen pemulihan nama Tan Sri Dzulkifli dan SPRM yang dijalankan sudah beberapa bulan kebelakangan ini hanya membuang dana rakyat. 

Tan Sri  Dzulkifli, yang disambut sebagai seorang wira hanyalah satu “gimik murahan” yang ternyata tidak dapat menukar persepsi sebenar masyarakat terhadap dirinya dan SPRM.  Buktinya adalah dengan penurunan drastik kedudukan negara Malaysia didalam Indeks Persepsi Korupsi.  Penurunan 7 tempat bukan satu perkara kecil. 

Indeks dan kedudukan negara seperti berikut:
2015 – tempat ke 54 dengan markah 50
2016 – tenpat ke 55 dengan markah 49
2017 – tempat ke 62 dengan markah 47

Bertahun-tahun negara dan kerajaan melawan korupsi untuk meningkatkan kepercayaan rakyat.  Hanya dengan menduduki kerusi Ketua Pengarah SPRM untuk jangka waktu yang singkat, dari Ogos 2016, Tan Sri Dzulkifli telah mrembawa negara kita ke tahap yang lebih rendah dari tahap apabila dia dilantik sebagai Ketua Pengarah SPRM menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Pengurus pasukan bolasepak diganti bila prestasi pasukan menurun.  CEO syarikat diganti jikalau kecemerlangan syarikat menurun.  KETUA SPRM PULA BAGIMANA? Tiada alasan untuk Tan Sri Dzulkifli tidak diganti.

Hipokrasi mesti dihentikan.  Memberi kutbah sementara melakukan perkara yang tidak bermoral adalah satu kelakuan hipokrit.  Memberi syarahan dan kuliah melawan korupsi adalah hipokrasi apabila SPRM sendiri korup dan ada penyelewengan.  Tan Sri Dzulkifli menyatakan bahawa dia terperanjat dengan berita penurunan kedudukan negara dalam Indeks Persepsi Korupsi  – ini juga satu perbuatan hipokrit. 

Sama juga dengan kempen pemulihan namanya dan imej SPRM, ia hanya satu hipokrasi, satu wayang atau gimmik.  Hentikan hipokrasi di tahap SPRM.  Jangan hipokrasi menular hingga ke agensi kerajaan lain dan menteri menteri. Terimalah bahawa Tan Sri Dzulkifli dan SPRM dibawahnya telah gagal dan kegagalan ini berpunca dari Tan Sri Dzulkifli sendiri.

Yang menilaikan adalah rakyat.  Jangan tunggu hingga rakyat menuduh kerajaan DSN satu kerajaan hipokrit.  Orang yang masih berikan payungan kepada Tan Sri Dzulkifli membahayakan imej dan persepsi rakyat terhadap DSN dan kerajaan. 

Rakyat kecewa dengan SPRM.  Jangan tunggu hingga rakyat kecewa dengan kerajaan.

KS: Bukan salah SPRM tapi....fikirkanlah sendiri...

Comments

Popular posts from this blog

APA BENTUK INTERGRITI SEORANG KETUA KALAU BERTERUSAN SEBEGITU???

Di mana Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzuklifli Ahmad ketika ini agaknya? Bagaimana keadaan dan apa khabar dirinya? Adakah beliau dalam keadaan sihat walafiat seperti selalu atau tidurnya tidak lagi lena seperti dahulu? Atau masih tidur di pejabat? Adakah beliau sedang bercuti atau masih menjalankan tugas serta datang ke pejabat seperti biasa? Mungkin datang ke pejabat sebab tidur di pejabat… Tapi, jika sedang bercuti, adakah beliau berehat di rumah saja atau pergi  ke mana-mana destinasi? Kalau ke mana-mana destinasi, pergi seorang diri atau bersama keluarga? Masihkah ada lagi jemputan membaca khutbah diterimanya sejak kebelakangan ini? Jika masih bertugas dan datang ke pejabat seperti biasa, kenapa beliau masih senyap tentang skandalnya?  Sedangkan sebelum ini beliau agak rajin mengumumkan tangkapan demi tangkapan? Adakah beliau sebagai ketua tetap memberi arahan seolah-olah tiada apa-apa yang mengganggu fikirannya? Apa pula perkemb...

ADAKAH KOMEN-KOMEN MEMPERTAHANKAN 1MDB MENYEBARKAN FAKTA PALSU?

Perdana Menteri mengaku syarikat pelaburan 1MDB gagal. Terbaru pula Pengerusi 1MDB, Irwan Serigar mengumumkan 1MDB akan ditutup selepas selesai membayar hutang. KS menyanjung tinggi pengakuan ikhlas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Pengerusi 1MDB. Isunya apa sudah jadi dengan sekian banyak berita di akhbar dan televisyen tempatan yang mengatakan 1MDB bergerak di landasan yang betul? Adakah berita-berita yang mengatakan 1MDB tidak bermasalah boleh dianggap berita palsu? Adakah komen-komen mempertahankan 1MDB menyebarkan fakta palsu?

KUASA...POLITIK...PENCACAI DAN PENGKHIANAT... EPISODE 2

JENG...JENG...JENG.. Beberapa hari lepas dalam entri pertama kekanda ada sebut pasal punca kejatuhan CPI..dalam entri tersebut kekanda janji bahawa akan membongkar sisi-sisi noda hitam SPRM. Mesti semua tak sabar nak tahu siapakah pencacai dan pengkhianat yang ada dalam SPRM tu kan.. Apalah nak jadi dengan SPRM sekarang.. Big Bos sapu bini orang..Pengurusan Tertinggi pula SEBAT DUIT HARAM..PENGKHIANAT NEGARA ..dan dengar kata...dengar kata ye... ADA BINI MUDA ..tapi disorok daripada pengetahuan awam.. jeng...jeng...jeng..kanda harap bukan bini orang lah yang disebatnya tu... Makin misteri pula jadinya kisah SPRM sekarang...umpama membaca novel cinta tiga segi hahahahahahaha..takpa-takpa..sisi-sisi noda hitam ni akan kekanda kupas dalam episod-episod akan datang.. Kembali ke cerita asal..baiklah disini kekanda ingin ceritakan serba sedikit berkaitan Pengurusan Tertinggi yang dimaksudkan.... Dia merupakan seorang yang bercita-cita tinggi..merupakan pegawai yang...