Skip to main content

LIMA PERKARA SEBELUM LIMA PERKARA




Waktu sedang "DI PUNCAK" kita merasa banyak teman di sekeliling kita.

Waktu sedang "BERKUASA" kita percaya diri boleh melakukan apa saja.

Waktu sedang "TAK BERDAYA" barulah kita sedar siapa sebenarnya sahabat sejati yang kita ada.

Waktu sedang "JATUH" kita baru sedar selama ini, siapakah teman yang memperalat dan memanfaatkan kita.

Waktu sedang "SAKIT" kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta.

Waktu kita "MISKIN" baru kita insaf  pentingnya amalan sedekah walau pun seringgit dan saling membantu saudara kita.

Masuk "USIA TUA" baru kita tahu rupanya masih banyak amalan dituntut Allah yang belum dikerjakan/banyak ilmu yang kurang dan baru kenal jalan ke masjid.

Saat "DI AMBANG AJAL" kita baru tahu ternyata begitu banyak waktu yg terbuang sia-sia.

HIDUP TIDAKLAH LAMA,
SUDAH SAATNYA KITA BERSAMA-SAMA MEMBUAT HIDUP LEBIH BERHARGA:

SALING MENGHARGAI,
SALING MEMBANTU,
SALING MEMBERI,
SALING MENDUKUNG.

Jadilah teman setia tanpa syarat...

Jangan saling memotong dan menggunting sesama teman...

Tunjukkanlah bahawa anda masih mempunyai Hati Nurani yang tulus. Jauhkan niat jahat untuk mencelakai atau memfitnah.

Jauhkan niat memaksa seseorang melakukan suatu hal untuk kepentingan peribadi kita.

Apa yang ditabur itulah yang akan dituai.

ALLAH SWT TIDAK PERNAH MENJANJIKAN BAHWA LANGIT ITU SELALU BIRU, BUNGA SELALU MEKAR, DAN MENTARI SELALU BERSINAR.

TAPI KETAHUILAH BAHAWA ALLAH SWT SELALU MEMBERI PELANGI DISETIAP BADAI, SENYUM DISETIAP AIR MATA, RAHMAT DAN BERKAT DI SETIAP CUBAAN, DAN JAWAPAN DI SETIAP DOA...

Jangan pernah menyerah , Teruslah istiqamah beribadah... kerana...
hidup ini terlalu indah...

Hidup bukanlah suatu tujuan, melainkan sebuah persinggahan sementara...

Wahai KP SPRM,
Indahnya hidup bukan kerana banyak orang mengenal kita, namun berapa banyak orang yang merasa bahagia kerana mengenal kita.

Comments

Popular posts from this blog

APA BENTUK INTERGRITI SEORANG KETUA KALAU BERTERUSAN SEBEGITU???

Di mana Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzuklifli Ahmad ketika ini agaknya? Bagaimana keadaan dan apa khabar dirinya? Adakah beliau dalam keadaan sihat walafiat seperti selalu atau tidurnya tidak lagi lena seperti dahulu? Atau masih tidur di pejabat? Adakah beliau sedang bercuti atau masih menjalankan tugas serta datang ke pejabat seperti biasa? Mungkin datang ke pejabat sebab tidur di pejabat… Tapi, jika sedang bercuti, adakah beliau berehat di rumah saja atau pergi  ke mana-mana destinasi? Kalau ke mana-mana destinasi, pergi seorang diri atau bersama keluarga? Masihkah ada lagi jemputan membaca khutbah diterimanya sejak kebelakangan ini? Jika masih bertugas dan datang ke pejabat seperti biasa, kenapa beliau masih senyap tentang skandalnya?  Sedangkan sebelum ini beliau agak rajin mengumumkan tangkapan demi tangkapan? Adakah beliau sebagai ketua tetap memberi arahan seolah-olah tiada apa-apa yang mengganggu fikirannya? Apa pula perkemb...

ADAKAH KOMEN-KOMEN MEMPERTAHANKAN 1MDB MENYEBARKAN FAKTA PALSU?

Perdana Menteri mengaku syarikat pelaburan 1MDB gagal. Terbaru pula Pengerusi 1MDB, Irwan Serigar mengumumkan 1MDB akan ditutup selepas selesai membayar hutang. KS menyanjung tinggi pengakuan ikhlas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Pengerusi 1MDB. Isunya apa sudah jadi dengan sekian banyak berita di akhbar dan televisyen tempatan yang mengatakan 1MDB bergerak di landasan yang betul? Adakah berita-berita yang mengatakan 1MDB tidak bermasalah boleh dianggap berita palsu? Adakah komen-komen mempertahankan 1MDB menyebarkan fakta palsu?

KUASA...POLITIK...PENCACAI DAN PENGKHIANAT... EPISODE 2

JENG...JENG...JENG.. Beberapa hari lepas dalam entri pertama kekanda ada sebut pasal punca kejatuhan CPI..dalam entri tersebut kekanda janji bahawa akan membongkar sisi-sisi noda hitam SPRM. Mesti semua tak sabar nak tahu siapakah pencacai dan pengkhianat yang ada dalam SPRM tu kan.. Apalah nak jadi dengan SPRM sekarang.. Big Bos sapu bini orang..Pengurusan Tertinggi pula SEBAT DUIT HARAM..PENGKHIANAT NEGARA ..dan dengar kata...dengar kata ye... ADA BINI MUDA ..tapi disorok daripada pengetahuan awam.. jeng...jeng...jeng..kanda harap bukan bini orang lah yang disebatnya tu... Makin misteri pula jadinya kisah SPRM sekarang...umpama membaca novel cinta tiga segi hahahahahahaha..takpa-takpa..sisi-sisi noda hitam ni akan kekanda kupas dalam episod-episod akan datang.. Kembali ke cerita asal..baiklah disini kekanda ingin ceritakan serba sedikit berkaitan Pengurusan Tertinggi yang dimaksudkan.... Dia merupakan seorang yang bercita-cita tinggi..merupakan pegawai yang...