Skip to main content

PENGUBAHAN WANG HARAM 3



Baru-baru ini pihak berkuasa Indonesia  dengan kerjasama FBI Amerika Syarikat menyita kapal mewah, The Equanimity milik  Jho Low yang dikaitkan dengan skandal 1MDB di perairan Bali.

Ada akhbar yang spin berita ini dengan menyiarkan kenyataan  Jho Low kononnya tindakan itu bermotif politik.

Ada akhbar langsung tidak siar seolah-olah isu kapal mewah itu lebih kecil dari  berita ketua cawangan  yang  dikencing kuda.

Kenapa ada pihak di sini beriya-iya melindungi Jho Low?  Orang tua tua kata kalau tempua bersarang rendah, adalah sesuatu.

Jadi, kita yang berfikiran waras, bacalah semua yang berlaku dengan ketajaman dan keluasan  akal fikiran.

Buktikan pada era pendemokrasian maklumat, tidak ada istilah di bawah tempurung kepada yang berfikir dan sentiasa pertajamkan pemikiran.

Comments