Skip to main content

BICARA ORANG LAMA: PERSEPSI RASUAH MAKIN PARAH???



A KADIR JASIN 25 FEBRUARI 2018


DALAM bahasa paling mudah, orang ramai yang ditanya pendapatnya mengenai rasuah di Malaysia tahun lalu berkata masalah itu semakin buruk.



Itulah penemuan badan pengawasan rasuah antarabangsa, Transparency International (TI) dalam kaji selidik tahun 2017 yang diumumkan pada 22 Februari  lalu.



Akibatnya, kedudukan Malaysia dalam angka tunjuk atau indeks persepsi rasuah dunia jatuh ke paras paling buruk dalam sejarah kewujudan indeks itu yang bermula pada tahun 1995.



Apa yang amat mendukacitakan ialah bukan sahaja kedudukan negara kita merosot tetapi nampak seolah-olah ada percubaan untuk memesongkan kefahaman mengenai indeks itu.



Tidak tahulah. Boleh jadi masyakat kita bukan sahaja teruk dijangkiti wabak korupsi mata benda tetapi juga oleh korupsi minda.



Kita tidak boleh lagi berfikir dengan tertib dan rasional untuk menolak rasuah.



Akibat korupsi mata benda dan minda semua itu, negara kita jatuh daripada anak tangga ke-55 pada tahun 2016 kepada anak tangga ke-62 dalam indeks terbaru itu.



Ertinya indeks kita jatuh tujuh anak tangga dalam kalangan 180 buah negara dan wilayah yang dikaji selidik.



Mengikut sesetengah laporan antarabangsa yang saya baca, inilah kadar kemerosotan paling besar dan kedudukan yang rendah pernah diduduki oleh negara kita. Adoi malunya!.



Antara sebab yang diberikan mengapa kedudukan Malaysia merosot begitu teruk ialah kegagalan menyelesaikan beberapa kes rasuah besar.



Pengerusi TI-Malaysia, Datuk Akhbar Satar, ketika membentangkan laporan tersebut di ibu negara berkata skandal-skandal ini menjejas skor Malaysia.



Mengikut angka tunjuk TI, negara yang mendapat skor di antara 50 hingga 100 mata ditakrifkan sebagai kurang rasuah manakala yang mendapat skor sifar hingga 49 disifatkan sebagai lebih rasuah.



Dalam kajian terbaru itu skor kita adalah 47. Skor kita mula merosot selepas pilihan raya umum 2013 apabila skandal-skandal besar seperti 1MDB, Felda dan SRC International mula diketahui umum.



Sejak indeks ini diperkenalkan pada tahun 1995 dan laporan pertamanya diumumkan pada tahun 1996, negara kita selalunya mendapat skor 50 ke atas.



Tiba-tiba, mulai tahun 2008, skor kita menjadi tidak menentu dan pada umumnya menurun.



Dalam tempoh 10 tahun antara 2008 dan 2017, hanya empat kali skor kita melepasi 50 mata.



Kali terakhir skor Malaysia melepasi 50 mata adalah pada tahun 2015. Skor paling teruk adalah pada tahun 2011 iaitu 43 mata.



Dengan skor kurang 50 mata, kita jatuh ke dalam kategori negara lebih rasuah.



Apakah kesan penarafan yang semakin rendah ini?



Pertama sekali, dunia memandang rendah martabat negara kita. Mereka mensyaki Malaysia sebagai negara yang kurang integriti dan kuat mengamalkan rasuah.



Yang kedua, penarafan rasuah yang buruk ini akan mempengaruhi keyakinan pelabur dan pengunjung. Mereka pastinya berhati-hati dan kurang yakin untuk berurusan dengan kita.



Hanya negara dan pelabur yang mengamalkan rasuah sahaja bersedia berurusan dengan kita. Malah mereka suka sifat rasuah kita kerana ia boleh digunakan untuk menguasai ekonomi dan kedaulatan negara kita.



Hal ini sudah pun berlaku kepada banyak negara yang tinggi amalan rasuahnya.



Boleh dikatakan semua mereka mendapat skor rendah dalam kajian TI.



Banyak harta dan projek raksasa mereka telah diambil alih oleh negara dan syarikat asing.



Jadi kita janganlah memandang remeh persepsi rasuah yang semakin buruk ini dan memberi pelbagai alasan dangkal serta lucu.



Orang yang membuat kerja songsang itu mungkin boleh bodohkan sebahagian rakyat jelata tetapi mereka tidak akan dapat membodohkan seluruh dunia.



Penarafan rasuah yang buruk ini bukan saja memalukan kita malah sudah pun mula memberi kesan tidak sihat ke atas keyakinan pelabur asing terhadap negara kita.



Wallahuaklam

KS: SETUJU ATAU TIDAK???

Comments

Popular posts from this blog

ADAKAH KOMEN-KOMEN MEMPERTAHANKAN 1MDB MENYEBARKAN FAKTA PALSU?

Perdana Menteri mengaku syarikat pelaburan 1MDB gagal. Terbaru pula Pengerusi 1MDB, Irwan Serigar mengumumkan 1MDB akan ditutup selepas selesai membayar hutang. KS menyanjung tinggi pengakuan ikhlas Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan Pengerusi 1MDB. Isunya apa sudah jadi dengan sekian banyak berita di akhbar dan televisyen tempatan yang mengatakan 1MDB bergerak di landasan yang betul? Adakah berita-berita yang mengatakan 1MDB tidak bermasalah boleh dianggap berita palsu? Adakah komen-komen mempertahankan 1MDB menyebarkan fakta palsu?

KUASA...POLITIK...PENCACAI DAN PENGKHIANAT... EPISODE 2

JENG...JENG...JENG.. Beberapa hari lepas dalam entri pertama kekanda ada sebut pasal punca kejatuhan CPI..dalam entri tersebut kekanda janji bahawa akan membongkar sisi-sisi noda hitam SPRM. Mesti semua tak sabar nak tahu siapakah pencacai dan pengkhianat yang ada dalam SPRM tu kan.. Apalah nak jadi dengan SPRM sekarang.. Big Bos sapu bini orang..Pengurusan Tertinggi pula SEBAT DUIT HARAM..PENGKHIANAT NEGARA ..dan dengar kata...dengar kata ye... ADA BINI MUDA ..tapi disorok daripada pengetahuan awam.. jeng...jeng...jeng..kanda harap bukan bini orang lah yang disebatnya tu... Makin misteri pula jadinya kisah SPRM sekarang...umpama membaca novel cinta tiga segi hahahahahahaha..takpa-takpa..sisi-sisi noda hitam ni akan kekanda kupas dalam episod-episod akan datang.. Kembali ke cerita asal..baiklah disini kekanda ingin ceritakan serba sedikit berkaitan Pengurusan Tertinggi yang dimaksudkan.... Dia merupakan seorang yang bercita-cita tinggi..merupakan pegawai yang...

KUASA...POLITIK...PENCACAI DAN PENGKHIANAT...

JENG...JENG..JENG.. KUASA...POLITIK...PENCACAI DAN PENGKHIANAT... JENG..JENG...JENG... Ok...cukup lah dengan jeng..jeng..jeng... kekanda baru sahaja menerima maklumat dalaman berkaitan seorang  Pengurusan Tertinggi SPRM   . Maklumat dalaman kekanda terima ni memang sohih!!!..ada terdapat beberapa screenshot perbualan pencacai-pencacai  Pengurusan Tertinggi SPRM   tersebut berkaitan "Black Ops" yang sedang mereka laksanakan.. "Black Ops"  yang diterajui oleh  Pengurusan Tertinggi SPRM    ini dikatakan mahu menjatuhkan KP SPRM sendiri.. kesian KP SPRM.. xckup dengan kes sapu bini orang...ada pula  "Black Ops"  yang ingin menjatuhkan beliau...kesian..kesian... Tapi..apa yang menariknya pasal "Black Ops" ini...jeng..jeng..jeng..pasti semua orang ingin tahu bukan.  Baiklah-baiklah..mari kekanda kongsikan sedikit. Tahukah anda semua bahawa punca kejatuhan CPI bukan lah berpunca daripada kesalahan KP SPRM sendiri tetapi...